Khamis, 25 Julai 2013

Bulan suci, bulan yang paling mulia

Hari in, 16 Ramadhan 1434 hijriah bersamaan dengan 25 Julai 2013 adalah antara hari-hari yang amat sibuk bagi saya. Bulan Julai sentiasa dipenuhi dengan pelbagai acara dan antara perkara-perkara yang akan berlangsung dalam bulan Julai ialah Ujian Umum. Ujian umum kali ini agak berbeza daripada ujian-ujian umum yang pernah diadakan. Kali ini, tiada masa yang dikhaskan untuk ujian umum tersebut untuk setiap subjek.

Selain daripada ujian umum, terdapat banyak lagi perkara yang perlu saya tempuhi. Antaranya ialah untuk menyelesaikan karya projek Art saya. Selain itu, saya juga ditugaskan untuk membuat kajian mengenai ahli-ahli seni yang terkenal untuk kertas peperiksaan bagi Peperiksaan Peringkat 'O' tahun hadapan. Namun, akibat kesibukan saya membuat tugasan-tugasan sekolah yang lain, saya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menghasilkan karya yang bermutu tinggi bagi projek saya. Bahkan, saya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menghabiskan karya  tersebut sebelum tibanya tarikh tutup projek tersebut.

Walaupun ternyata saya perlu memerah tenaga dan saya akan kekurangan rehat, saya rasa cabaran ini memainkan peranan penting dalam kehidupan saya kerana ia membentuk keperibadian saya. Saya harap Ramadhan ini saya akan menjadi seorang insan yang lebih baik daripada dahulu dan saya akan berjaya melakukan segala kewajipan dan tanggungjawab saya dengan sempurna. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan