Selasa, 25 September 2012

Peperiksaan Akhir Tahun


Peperiksaan akhir tahun akan menjelang. Setahun telah berlalu dan para pelajar akan diuji tentang apa yang telah diajar. Ramai pelajar akan mengulang kaji pelajaran hingga ke lewat malam dan saya tidak dikecualikan. Peperiksaan akhir tahun akan menentukan subjek-subjek yang layak diambil oleh seorang pelajar. Namun, untuk mengambil sesuatu subjek, markah peperiksaan harus memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk melayakkan seseorang pelajar untuk mengambil kombinasi subjek yang diingini.

Subjek-subjek yang akan dipilih selepas keputusan peperiksaan akhir tahun amat penting kerana subjek-subjek tersebut ialah subjek-subjek yang akan diambil pada Peperiksaan Peringkat GCE ‘O’. Keputusan peperiksaan nasional ini akan menentukan institusi pengajian seorang pelajar selepas tamat pengajiannya di sekolah menengah. Oleh itu, peperiksaan akhir tahun ini amat penting bagi pelajar yang sebaya dengan saya.

Persiapan awal patut dilakukan supaya pelejar mempunyai masa yang mencukupi untuk memahami mata pelajaran mereka dengan terperinci. Saya mengaku bahawa saya sendiri tidak berasa begitu bersedia untuk peperiksaan akhir tahun kerana mula mengulang kaji agak lewat, iatu dua minggu sebelum peperiksaan bermula. Saya sedar bahawa tabiat membuang masa amat merugikan seseorang. Justeru, saya harap saya dapat lulus dengan cemerlang walaupun saya tidak begitu yakin dengan kebolehan saya. Saya bertekad untuk melakukan yang terbaik supaya saya tidak akan mengecewakan guru-guru dan ahli keluarga saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan