Pada Hari Jumaat...
Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah kami telah menganjurkan sebuah aktiviti sempena menyambut Tahun Baru Cina yang baru sahaja berlalu. Pada hari itu, setiap pelajar ditugaskan untuk ke sebuah blok di kawasan perumahan berdekatan sekolah kami untuk mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula dan bawa pulang ke sekolah. Aktiviti bertujuan untuk mengumpul danah. Danah yang dikumpul digunakan untuk membantu mereka yang kurang berada di sekolah ini.
Ramai di antara penduduk di blok kami tidak mempunyai barang yang boleh diberikan kepada kami. Kami syaki bahawa sebuah kelas telah datang ke blok kami untuk mengumpul barang-barang tersebut kerana ramai penduduk berkata bahawa pelajar-pelajar pernah datang di rumah mereka untuk mengumpul barang-barang tersebut.
Namun selepas selesainya aktiviti itu, saya mula sedar bahawa aktiviti ini bukan sahaja dilakukan demi kemenangan yang boleh diraih oleh kelas yang berjaya mengumpul barang yang paling banyak. Aktiviti ini bertujuan untuk menanamkan sifat ikhlas pada diri kita. Kita patut melakukannya semata-mata untuk mengumpul danah sebanyak mungkin untuk membantu yang kurang berada, dan bukan untuk digelar juara.
Pada Hari Sabtu...
Pada hari Sabtu, iatu hari sebelum Tahun Baru Cina, saya dapati bahawa ramai rakan-rakan Cina saya sedang sibuk menyiapkan hidangnan makan malam yang akan mereka adakan bersama keluarga mereka tersendiri. Saya rasa keluarga Cina amat mementingkan keluarga dan tradisi walaupun pada zaman moden ini. Mereka sentisa memastikan bahawa setiap tahun pada malam Tahun Baru Cina, mereka akan bermakan malalm bersama ahli keluarga mereka dengan hidangna lauk yang beraneka. Hal ini sungguh relevan pada kami keranan kami sering sibuk dengan hal masing-masing singgakan keluarga diabaikan. Kami haruslah mencontohi mereka dan sentiasa mengutamakan keluarga.
Makan malam seorang rakan Cina saya... (diambil dari Instagram)
Pada Hari Ahad...
Pada hari Ahad pula, saya sekeluarga keluar menziarahi nenek saya. Saya sudah lama tidak menemuinya. Ketika kami di sana, tiada seorang pun yang ada di rumah itu kecuali nenek saya. Datuk saya sedang keluar bekerja. Saya rasa nenek saya pasti berasa sunyi keseeorangan kerana hanya tinggal berdua dengan datuk saya. Semua pakcik dan makcik saya telah berkahwin dan tinggal di rumah mereka tersendiri. Saya kasihan melihat nenek saya yang semakin letih melakukan semua kerja rumah di rumahnya. Apabila makcik saya tiba di rumah nenek, saya dapat lihat senyuman nenek semakin melebar apabila melihat kehadiran sepupu-sepupu saya. Saya sedar bahawa kami tidak boleh hidup keseorangan kerana kami sering memerlukan bantuan daripada orang lain. Jikalau tidak perlukan bantuan, sudah pasti kami inginkan seseorang untuk menemani kami. Saya sering mendoakan agar nenek dan datuk saya akan kekal suami isteri hingga ke syurga dan semoga mereka sentiasa sihat dan gembira.
Sepupu saya yang paling bongsu :)
Pada Hari Isnin...
Pada hari Isnin pula, saya sekeluarga menziarahi nenek sedara saya. Dia juga kelihatan keseorangan bersama datuk sedara saya. Nenek sedara saya seorang yang amat rajin dan sering banting tualng untuk menyediakan hidangan lauk-pauk yang menyelerakan untuk para tetamunya. Saya amat menyayangi datuk dan nenek sedara saya. Mereka sering mengajar saya sesuatu yang bermanfaat yang berkaitan dengan Islam yang tidak pernah saya ketahui, setiap kali saya sekeluarga menziarahi mereka. Saya sering berharap agar mereka juga akan berkekalan hingga ke syurga.
Pada Hari Selasa...
Semalam, saya menghabiskan segala kerja sekolah yang belum sempat saya lakukan pada hujung minggu. Saya juga menghabiskan jahitan yang saya lakukan untuk menghiasi kes pensil saya. Saya amat gemar melakukan kraftangan pada masa lapang. Saya sebenarnya bertujuan untuk menghiasi kes telefon bimbit saya dengan lukisan namun saya tidak mempunyai masa yang mencukupi. Saya harap saya akan diberi peluang untuk melakukan demikian pada hujung minggu yang akan datang.
Kes pensil yang saya hiasi...