Rabu, 15 Februari 2012

Blog Bahasa Melayu?

Sebuah blog yang terjemah dalam bahasa Melayu sering dianggap sebagai blog yang  agak membosankan. Saya tidak berasa begitu kemaruk tentang mengisi butiran-butiran  di dalam blog ini. Namun, sambil saya sedang mencari idea untuk menulis, saya sedar bahawa banyak yang boleh saya nyatakan dalam sebuah blog, walaupun ianya dalam Bahasa Melayu. Saya berpendapat bahawa sebenarnya, idea menulis blog dalam Bahasa Melayu ini sesuatu idea yang menarik yang dapat memberi saya peluang untuk mencatat tentang diri saya sambil memperbaiki lagi kegunaan Bahasa ibunda. Saya harap saya berpeluang untuk terus mengisi blog ini dengan  lebih maklumat tentang perkembangan pelajaran Bahasa Melayu saya.